C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS FREEBIES
Permata comel yang hilang
Thursday, 1 August 2013 • 02:28 • 0 BURUNG MERPATI
 NF baru balik dari kerja, lepas je bukak blog ternampak post tentang permata yang hilang dari seorang blogger yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi bagi penggemar binatang , kucing atau anjing, mungkin anda familiar dengan blogger PAPA HERO.. sebelu ni pernah menggemparkan rakyat Malaysia dengan kucing yang beliau jumpa dalam keadaan kedua kaki dari 4 kaki kucing, HERO .., dipotong kerana mencuri ikan di salah sebuah restoran.. 
okay., yang itu korang boleh baca nanti.. sekarang ni, jom baca yang ini.

"Allahuakbar..!!! Terasa berat untuk PH menulis entri pada kali ini...Yalah, ramai yang dah tahu berita tentang kehilangan Kiki Lala...PH pun tak sangka yang perkara ini akan berlaku pada diri PH mahupun pada Kiki Lala sendiri...Sesungguhnya sesuatu perkara yang berlaku itu sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...

Untuk entri pada kali ini, PH akan ceritakan serba sedikit tentang bagaimana dia wujud di dalam hidup kita semua dan bagaimana perangainya yang sangat mencuit hati...Kiki Lala telah diselamatkan oleh saudara Shawn Tanis, iaitu pengendali page dan blog A Fortress Of Fur ( link )...Nama asalnya yang diberikan ialah Teddy kerana wajahnya sangat comel menyerupai Teddy Bear...Nama Kiki Lala MH yang berikan padanya....Dia ditemui di belakang bangunan Setia Walk di Puchong pada awal Jun 2013...Saudara Shawn telah berani mengambil tanggungjawab untuk menjaganya buat sementara bagi menanti keluarga angkat yang baru..Dari situlah bermula bibit pertemuan PH dengan Kiki Lala...Cerita bagaimana Shawn menyelamatkannya nanti akan diceritakan di dalam blog beliau nanti...


Beginilah wajah Kiki Lala sewaktu ianya baru ditemui oleh Shawn...Shawn telah membuka iklan kepada sesiapa yang berminat pada 10 Jun 2013 di page A Fortress Of Fur ( link )...Selang beberapa hari kemudian, PH sendiri menawarkan diri untuk menjadikan Kiki Lala sebagai anak angkat...Boleh juga dijadikan teman kepada Abam Jojo...Masa tu kalau tak silap belum ada sesiapa yang menawarkan diri lagi untuk menjadi keluarga angkat Kiki Lala...


Dia memang seekor puppy yang ceria dan sangat suka bermain...Dia ada sedikit masalah fungus kulit di bahagian bawah perut dan ekornya...


Subhanallah..!!! Kiki Lala tersangatlah comel...Memang semua puppy itu comel, tetapi PH rasa Kiki Lala adalah puppy yang tercomel yang pernah PH jumpa di hadapan mata...Susuk tubuhnya sangat kecil, malah lebih kecil dari saiz kucing dewasa...Pakai kolar kucing pun masih longgar...Umurnya dalam lingkungan 1-2 bulan ketika ditemui...Kalau dia berjalan nampak macam bebola bulu...


Dia selalu bermain-main dengan kucing-kucing DBKL yang ditempatkan di Cat Village...Kalau time PH masuk ke kebun, dialah makhluk pertama yang akan menggoyang-goyangkan ekornya di hadapan pintu pagar...


Dia tidak memilih tempat tidur...


Dia tidak memilih dengan siapa dia nak kawan dan apa yang dia makan...Kalau kucing marah kat dia, dia pergi menjauhkan diri dan membiarkan kucing-kucing habis makan...Tapi biasanya kalau keadaan begini terjadi, PH akan asingkan makanan dia...


Si kembar selalu bermain kejar-kejar dan berkebun bersama-sama dengan Kiki Lala...


Dia selalu ingin berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi menjadi kawannya...Namun begitu, dia tetap tidak bersedih sekiranya dia disisihkan oleh kawan-kawan tanpa sebarang sebab...Dia adalah seekor anak anjing yang tabah...


Namun segalanya telah berubah...Pada tanggal 19 Julai 2013, seperti biasa PH pergi ke Cat Village untuk menjalankan rutin harian...Sebelum itu, hati PH terasa seperti ada kelainan...Dada ini berombak sentiasa..Terasa gelisah memanjang...PH tidak banyak bercakap pada hari itu...PH hanya ingat nak cepat sampai kebun jer...

Apabila tiba di pintu pagar Cat Village, PH ternampak pagar pintu masuk sebelah kanan dah roboh..Ada kesan panjat dan kesan umpil...Kedudukannya berubah...Jaring yang PH pasang ada kesan dipijak...Hati PH semakin risau...Rupa-rupanya rasa tidak enak yang PH rasa sebelum ini memang berasas...Tanpa berlengah lagi PH terus membuka kunci pintu pagar tanpa sempat mematikan enjin kereta...MH juga turut berlari masuk ke dalam...Sebelum ini Cat Village ni dah ada orang pecah masuk sebab nak curi buah jering...Untuk makluman, sepiring buah jering berharga RM3.50 - RM4 kalau dijual di pasar...Kalau seguni dah berapa..?? Kat kawasan kebun di sini memang selalu juga dipecah masuk...Baru-baru ini jiran di kebun sebelah kehilangan mesin generator dan besi...

Kami mengira jumlah kucing-kucing yang ada...Semuanya cukup...PH memeriksa sangkar besi dan barang-barang lain yang disimpan...Semuanya cukup, tapi sangkar besi itu pula berubah posisinya...Pokok jering juga tiada kesan dipanjat atau digalah seperti yang terjadi sebelumnya...Tiada dahan pokok jering yang patah kali ini seperti yang terjadi sebelumnya...Tapi PH nampak ada kesan tapak kaki berlumpur merata-rata di dalam kebun ini...

"Bang...!!! Kiki Lala mana bang...???" MH tiba-tiba menjerit dari jauh...

Baru PH sedar bahawa Kiki Lala telah tiada pada ketika itu...Puas PH cari di segenap pelusuk kebun yang luas itu tetapi masih juga tidak berjumpa...Lantas PH berpesan pada MH untuk menutup enjin kereta dan meneruskan usaha mencari Kiki Lala...Kemudian PH terus membuka ikatan Si Rossy, seekor anjing baka German Shepherd untuk memulakan gerakan mencari jejak Kiki Lala...Masa tu Jojo tengah makan, jadi PH tak mahu ganggu dia...Sehingga jam 6 petang, jejaknya tidak juga ditemui...PH berasa sangat letih pada hari itu...Air mata PH bergenang di sepanjang pencarian...Nama Kiki Lala terlalu comel untuk dijerit ketika mencarinya...


Pada keesokan harinya PH mengerahkan Jojo Kepsi pula memulakan gerakan mencari...Gerakan mencari kali ini menemui sedikit petunjuk...


Jojo Kepsi telah mengikut satu jejak yang akhirnya membawa kepada penemuan pagar dawai bahagian belakang Cat Village telah tercabut...PH mengandaikan bahawa penceroboh ini gagal menemui sebarang benda berharga tetapi kemudian terjumpa Kiki Lala lalu membawanya keluar mengikut pagar belakang...


Akhirnya Jojo telah kehilangan jejak penceroboh tersebut setelah melalui satu kawasan tanah estet yang sangat luas...Langkah Jojo termati di situ sahaja...PH berasa sangat kecewa kerana PH amat mengharapkan Jojo akan membawa PH ke satu tempat yang mungkin boleh membawa penemuan Kiki Lala...


Ini adalah video bagaimana usaha mencari jejak Kiki Lala oleh Jojo...



PH tidak boleh untuk mengerahkan Si Rossy untuk 'bekerja keras' sangat memandangkan keadaan kesihatannya masih belum pulih...Dia masih lemah dan staminanya masih belum berada di tahap yang optimum...Kaki belakangnya ada sedikit tempang akibat kecederaan dalaman...PH tidak pasti apakah yang menyebabkan kecederaan tersebut...Lainlah dengan Jojo..Dia sangat cergas dan kuat...Tetapi di saat entri ini ditaip Si Rossy sudah mula menunjukkan perubahan positif...Berat badannya dah naik dan dia tampak lebih bertenaga dari dulu...


Terus terang PH beritahu di sini...Masa gambar ini diambil, PH baru lepas menangis...PH rasa sangat 'down' ketika ini...PH dah tak tahu apa yang nak dibuat lagi...MH dan si kembar juga turut menangisi kehilangan Kiki Lala...Si kembar sangat akrab dengan dia...Sehingga entri ini ditaip, pencarian masih diteruskan tetapi tidak sehebat dulu...


Inilah gambar terakhir yang sempat PH rakam sebelum kehilangan Kiki Lala...Gambar ini sangat meruntun hati PH tatkala melihatnya...Kiki Lala sangat rapat dengan Jojo Kepsi...


Namun PH sedar segala-galanya adalah ketentuan Ilahi...PH perlu mengembalikan semula fokus yang hilang walaupun terasa ianya amat sukar...PH terasa sangat 'down'...Mahu atau tidak, PH menyambung semula cadangan untuk membina rumah buat Kiki Lala, Si Rossy dan Abam Jojo...Simen bancuhan untuk membuat rumah Kiki Lala ini ada air mata PH terbancuh sama di dalamnya...Entah berapa kali PH mengesat air mata tatkala membancuh simen...Walaupun Kiki Lala masih belum dijumpai, PH tetap akan membuat tiga rumah anjing...Satu rumah adalah khas untuk Kiki Lala...


Kalaulah Kiki Lala masih ada di sisi PH, sudah pasti dia akan berguling-guling di dalamnya...Sudah pasti dia akan menggigit-gigit kaki seluar PH seperti selalu...Terlalu berat kepala PH jadinya apabila kenangan-kenangan bersama Kiki Lala menyinggah masuk...


Inilah video Kiki Lala yang menjadi kegemaran ramai orang di Facebook...Dia menari-nari Hindustan di lereng bukit Cat Village...


Nota PH :

Namun begitu, PH tidak boleh hilang fokus secara berterusan...PH sedar banyak lagi nyawa kawan-kawan Kiki Lala yang perlu dijaga....


PH tidak sangka kehadiran Kiki Lala di dalam hidup kita hanyalah untuk sementara...Namun begitu, ianya meninggalkan kesan yang sangat mendalam...Ini juga sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia adalah pengantara dari Allah SWT untuk menyampaikan mesej yang jelas bahawa anjing juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT...

PH telah menerima hampir seratus PM ( Personal Message ) via Facebook mahupun SMS dari pelbagai bangsa dan agama yang bertanyakan tentang Kiki Lala, tetapi PH tidak mampu untuk menjawabnya...

Kiki Lala telah banyak berjasa kepada kita semua...Dia telah berjaya mengubah persepsi negatif terhadap anjing oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam...Dia juga telah menyatukan kita semua di sini...

Kepada Kiki, Papa ingin meninggalkan pesan...

"Papa sangat sayangkan kamu...Papa tak tahu di mana kamu berada, tetapi Papa tetap akan mencari kamu...Sementara itu, Papa sentiasa berdoa dan berharap kamu baik-baik saja...Papa tetap berharap agar dapat melihat kamu membesar dan bermain-main dengan Abam Jojo dan Mama Rossy...Doakanlah Papa, Mama dan kakak kembar kamu serta kawan-kawan kamu agar sejahtera sentiasa yer..."

Kita semua telah kehilangan sebutir permata yang sangat berharga...Namanya ialah Kiki Lala...Doakanlah semoga PH dapat menjumpainya suatu hari nanti...Walau berkurap atau tempang macamana sekalipun, PH tetap akan menerimanya...Itupun sekiranya PH menjumpainya...

Apabila kita bercakap soal haiwan jalanan, kita sebenarnya bercakap tentang kebajikan mereka, hak mereka, silaturrahim sesama kita dan juga air mata kita untuk mereka...

Lagi koleksi gambar Kiki Lala yang dimuatkan ke dalam Kakimotong Fan Club di sini link )

Semasa PH memuatnaik gambar-gambar Kiki Lala Facebook, masih ada lagi manusia yang menghinanya hanya kerana dia diciptakan sebagai seekor anjing..."

walaupun NF ni takut dengan kucing, tetapi, NF cuba untuk tidak mencederakan kucing atau haiwan yang lain. jujur katakan, anjing pun adalah binatang yang dicipta oleh Allah. tidak semua makhluk adalah jijik dan kotor sebagaimana manusia. adakalanya manusia itu lebih jijik dengan perilakunya itu berbanding binatang. NF sekadar berkata dari sisi NF.. assalamualaikum
- See more at: http://kakimotong.blogspot.com/2013/07/hilangnya-sebutir-permata-yang-bernama.html#sthash.CIQFSI7r.dpuf


0 Comments:

Post a Comment

Thank you sebab baca. Tinggalkan jejak anda di cbox saya selepas anda follow saya. ^^



PASTFUTURE
Crazy Fan;



HAI. ASSALAMUALAIKUM. Simple girl that known as Nasya Ahmad.Be a runningman's fan since 2011.Love the show.Also kpop lover. Follow me if you love to become crazy like me.

Be My Crazy Partner



OFFICIAL STICKER


BLOG ARCHIVE;


  • BYE JULY
  • Cara kira berat blog
  • New look .
  • Design and menjadi. !
  • Bayi sebesar 2cm hidup. Masyaallah
  • Esok nak Latihan Industri
  • Set katil baru
  • Misteri kerajaan iblis di BERMUDA
  • kisah jin yang memeluk islam.
  • makhluk sebelum jin dan manusia

  • Credits more;

    Edit :N.Afiqah
    Re-Edit :Nasya
    Basecode :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome